Tuesday, December 01, 2009

JJCM @ The Manhattan Fish Market

<sumber gambar >


abe awe yg happy

hiasan bertemakan perayaan krismas


datang ke sini sebab dapat voucher percuma : seafood platter for two. pastu biasa la tambah la apa yg patut :)


sizzling louisiana prawn RM19.90, comes with 4 slices of garlic baguette

seafood platter for two RM46.90. mkn 4 org pun tak abis, ada rice, chips, calamari rings, mussels dan fish apa ntah
mushroom celup tepung RM9.90
NY ice latte RM8.90 kalu tak silap

black coffee RM5.90 kalu tak silap


Address :
Lot No GA-88A,
Ground Floor
Ampang Park Shopping Centre
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel/ Fax : 03- 2166 9303

Sunday, November 29, 2009

Happy Birthday, Mak...


Selamat harijadi buat mak yang jauh di sana.. Semoga mak panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan gembira selalu hendaknya.. Amin...


p/s: harap mak suka dengan kek besday mak itu. :)

oh ya, ni gambar kek yg sebenar. tenkiu cik nina

Pinggan ikan
bila tengok pinggan ni menarik la pulak.. boleh la sambar satu :)

Saturday, November 28, 2009

Puding Laici
buat ni lagi sebab sedap. simpan dlm bekas kecik2 dan bila siapa2 nak, boleh amik je. :)

Friday, November 27, 2009

JJCM @ Restoran Chop and Steak Kampung Baru

trademark restoran ni, ada bot dalam restoran.. gambar pinjam dari blog org. sori ya.. nak amik haritu tp takut mengganggu org len dok mkn situ.. :p

dah pernah ke sini beberapa kali. anyway jom layan gambar tangkap muat (kes display kamera rosak, hantam saja la main agak2)

spagheti RM6.50

lam chop RM10.90


hotdog RM3

Wednesday, November 25, 2009

Serving Plate : Royal Garden

yang ni baru sampai harini. pinggan hidang royal garden.. pun dah lama berkenan. nak collect complete set pun, takut nanti kena tinggal. so beli yg ni dulu la.. mmg besar dan sgt cantik.

Tuesday, November 24, 2009

Chicken kitchen towel hanger

haaa ni 2 minggu lepas dah p tinjau. berkenan sangat. tido malam pun tak lena dok ingat yg ni (eh dah terjangkit pesen kak gerau pulak) hehehe.. masa p tinjau2 tu mmg takde sale lagi. hmm tunggu sale la kot. pastu tengok2 sale dah start apa lagi semalam cepat2 p sambar la. fuhh sib baik ada lagi.

Grilled Rosemary Chicken with Lemon... sekali lagi


ni kes buat haritu rasa cam tak puas makan je hehehe pastu adik plak kata nampak cam ayam tak masak la. isk isk ada ka patut, ni misti jeles pasai tak dpt makan laa.. tak pa kali ni kita letak ayam yg nampak betul2 masak. happada cik nina ni :p

kali ni wat stail lain pulak. sayur2 ni letak atas tray
pastu golek la ayam tu. air ayam tu menitik la atas sayur2 tu masak la jugak.

tapi jenuh gak tunggu nak betul2 roasted ni apalagi di minit2 terakhir kita letak la ayam tu balik dengan sayur2 tu pastu ni la hasilnya.. gravy takyah tunjuk la no..
dan disebabkan kita ni dah jenis melayu tulen ni.. apa lg siap masak nasik dan makan dgn nasi lagi haa baru betul2 kenyang :D
Tau Fu Fa
dulu tak baper heran dgn tau fu fa ni sbb cousin mmg ada jual ni kalu nak mkn anytime bole. tp malu la sbb kalu nak beli dgn dia, dia takmo amik duit. dgn kata lain, amik free je laaa.. tp tu kat kg.
kat kl ni, cik abe lak minat ni. kebetulan kat kawasan perumahan ada akak tu jual.. mmg sedap la so apa lg jeles tgk cik abe mkn, kita pun nak gak lerrr.. yumm yumm..

Monday, November 23, 2009

Pinggan Oriental Ceramic - Yellow Maple Leaves
dah lama berkenan yang ni akhirnya dapat juga. bole la nak start buat collection corak ni pulak :D

Sunday, November 22, 2009

JJCM @ Restoran Kayu Nasi Kandar - Petronas Jalan Kolam Air Lama
restoran nasi kandar kayu - penang original nasi kandar :)

the interior

my favourite - rice with beef and salted egg RM6.50


iced milo RM2.50

abe awe with his special pose :)

Saturday, November 21, 2009

Yiyi the naughty boy





Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun / Belated Besday Yiyi

Tadika Yiyi (Tadika Adik-adik 2, Wangsa Maju) ada buat jamuan akhir tahun pada hari Khamis. tp memandangkan besday Yiyi haritu tak sempat buat jamuan (sbb bz dan tak sempat, cian dia) terpaksa la buat time lain. takmolah clash dengan jamuan, kang byk lak makanan sampai budak2 tak larat nak mkn. So kami pun buat le hari Rabu :)
muffin vanilla dan coklat. masa tgh buat ni mmg sedap bedal muffin vanilla panas2.. apapun dpt juga hantar 50 biji kat sekolah :D
ni goody bag utk cikgu. ada 2 muffin besar, pouch dan bekas seramik utk simpan brooch. orait la tu kan.

ni goody bag untuk budak2.. ada 4 jenis kat dlm tu. elok la tu tak elok mkn benda manis2 byk sgt kang gigi rosak cam gigi yiyi tu huhuhu

Wednesday, November 18, 2009

Panna Cotta - Strawberry


Dah lama nak buat panna cotta ni, dah tgk mcm2 resepi. last2 ikut resepi kat blog Hazila pastu main tukar dan tambah sesedap rasa tgk2 jadik cam dadih pun ada ha ha ha.. takpe le apapun mmg laku kena rembat dgn abe awe

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1/2(100ml) cawan susu segar dan 1(200ml) cawan fresh cream - umi pakai susu segar dan susu strawberi (mak aiii.. suka2 je campur apa yg ada)
20g gula (tak timbang pun main letak je agak2 manis)
7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air (gelatin ni pun main agak2 jugak)
air
hiasan
sirap topping strawberi (khm)
Cara-cara
1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk. (umi tak buat lak yg ni)
4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam. (umi simpan semalaman)
untuk hidang, tuangkan sirap strawberi di atas puding.

Tuesday, November 17, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken



sebelum

selepas
Ramai dah yang buat ni. dah tak larat meleleh air liur tgk gambar2 yg mengujakan tu akhirnya berjaya gak kami masak ni hehehe.. resepi cam biasa la :
1 ekor ayam
1 biji lemon
5 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – umi guna minyak masak
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam (umi tumbuk lada hitam)
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots – umi guna carrot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika – atau guna 1 sudu besar sj.. (umi pakai serbuk cili)
Kicap Pekat - tak boh
Garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakannya:
1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake bean.
Umi hidang dengan black pepper sauce aje :


Resepi black pepper sauce/gravy :
2 sudu lada hitam (kisar) - umi tumbuk kasar
1 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air) (umi bantai guna tepung gandum yg ada ha ha ha janji ada pekat sikit :p)
minyak garam dan gula
kiub pati ayam
tumis bawang besar yg telah dipotong dadu tadi hingga garing. masukkan lada hitam dan air yang telah dicampur dengan tepung. kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi. masukkan kiub pati ayam,masukkan garam dan gula.sesuaikan rasanya...agak2 pekat sikit la..bila sedikit mendidih, tutup api dan sedia dihidang dengan ayam.

Monday, November 16, 2009

Dadih Berperisa Keladi

dadih segera. cepat disediakan dan sedap, mmg menjadi kesukaan anak2 hehehe
ni laa rupa dadih tu.. keluaran pakteh food enterprise . nak order online pun bole, nanti diorg poskan la.. - tolong promo sekali :).

Saturday, November 14, 2009

Anak sedara makcik Pina yg hensem

sib baik tak sengih, kalu tak nampak le gigi kapak dah hilang hehehe camtu la dah start nak tumbuh gigi kekal :)
Gulai daging
yg ni ramai pun tahu buat hehehe.. hmm semenjak dua menjak ni baru perasan asyik buat gulai sj. gulai udang la daging la dan harini gulai ikan kering. mkn dgn nasi panas2 fuhhh..
tp gulai daging ni buat utk cicah dgn roti pratha. kdg2 mlm2 ni malas mkn nasik. balik keje dah letih buat simple2 je janji kenyang, burger, hotdog, bihun goreng la bla bla.. pastu kul 11 mlm dah krohh krohh fuhh maybe sbb letih dok kemas rumah bla bla.. buang brg2 tak pakai. baju awe dan yiyi yg masih elok ada yg dah bg kat syazani yang comel dan gebuss itu :)
tgk la kalu rajin bole la try menu baru lg..huahuahuah..