Friday, September 24, 2010

Kuali leper

pasni bole buat roti jala dengan bergaya
ada byk lagi jenis periuk. beli kat kedai india..

siap dgn aksesori :) (pemegang tu kena pasang sendiri)
Pinggan biru Rosemont Blue


balik kampung sempat shopping pinggan lagi :)
ada pun 3 ketul ni.. terus rembat tanpa membuang masa

Thursday, September 23, 2010

Ayam masak kicap
ni masakan mak jugak. mak masak apa semua sedap

makan nasi 2 pinggan licin.. :D

Wednesday, September 22, 2010

Menu Bakar bakar

balik kg ni paling best nak lepas gian bakar makanan.. dok kat apartmen ni cmn nak bakar cara camni kan, kang berasap abis satu rumah, takpun rumah jiran pun masuk asap hehehe
ikan temenung aka kembung
keledek bakar

jagung bakar :)
ehh lupa amik gambar daging bakar :p

Tuesday, September 21, 2010

Zoom in bersama... sambal tumis terung belanda :)

sambil ziarah rumah sedara mara, sambil tengok2 pokok2 keliling rumah.. tgk2 ada gak rezeki dpt terung belanda ni. hehehe
tq pd kak azatie dan kak madiha atas maklumat tambahan berkenaan terung ni. Rupa-rupanya terung ni dikenali dengan pelbagai nama - bkn sj dgn nama terung belanda, tapi juga terung pipit, terung pokak, terung manggor dan juga terung ceweng.. :)

dulu kecik2 suka kutip bg mak masak.. tp tak mkn pun. saja suka kutip. bila dah 'tua' sikit ni br nak mkn :p
sambal tumis paling sedap dlm dunia hehe
close up

budak kecik ni pantang tgk bunga tepi rumah tok teh. terus petik pastu boh kat telinga.. elok la tu buat lawak.. :D

Monday, September 20, 2010

Menu raya : Mi sup

telur puyuh rebus

fishball

fish cake

sambal cili
bawang putih goreng

tadaaa... sebenarnya menu ni disediakan oleh adik.. kami tunggu dia masak dari pagi sampai ler kul 3 petang baru dpt makan.. hehehehe jenuh gak le perut dok berkeroncong tunggu nak isi :p
tenkiu cik nina, mmg mabeles la mi sup ni. bole buat meniaga :D
Gambar raya

tahun ni tema kaler purple. tgk2 ramai juga pakai kaler purple tahun ni hehehe..
dua beradik
makin hensem la anak teruna ni :)

yg ni plak kalu posing mmg tak kalah. siap dgn sebakul coklat dan duit raya utk bg kat budak2..

Sunday, September 19, 2010

Gulai buah munggai
Salam dan selamat hari raya.. :) br balik dr kampung ni. ms kat kampung mmg beraya sakan sampai tak ingat apa.. apa lg kalau dpt makan masakan mak yg sedap2.. bila dekat2 nak balik haritu, mak dah sibuk cari mcm2 nak masak utk anak mak ni.. mekasih mak..
buah munggai (dah buang kulit)

perghh... mmg sedapp

Tuesday, September 07, 2010

Biskut Fancy Ice Cream

Sempena raya ni, sibuklah nak buat kuih raya. nak beli mahal, baik buat sendiri boleh dpt berbalang2 siap bole bg kat kawan2 lg..
Resepi ni diambil dari koleksi resipi pilihan Diana.. tumpang c&p ya..
sapu dgn telur sblm dibakar utk mendptkan warna yg cantik
celup coklat dan tabur dgn choc rice dll
posing bertiga.. tetiba teringat cerita 3 dara pingitan yg dlm majalah tu (gila2 ke ujang yer? tak ingat lak)

susunan oleh abe awe.. dia ni kalau part susun menyusun mmg serah kat dia.. :)

Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Topping
coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan
Cara-caranya
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar.
Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak. (umi bakar +- 10 mins)
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
note : umi buat 2x ganda adunan di atas

Monday, September 06, 2010

Nasi Bukhara.. once again :)

Di penghujung puasa ni mmg tak ada idea nak mkn apa.. balik keje, tak sempat masak pun.. so tapau aje yg sempat.. termasuklah nasi bukhara ni.. suka nasi bukhara daging sbb daging dia sedapp..
satu pek RM12 centu
nasi, daging berketul2 yg diletak di bawah nasi, telur rebus, dalca dan acar

nampak tak daging tu? hehe kalau mkn sorang2 mmg gerenti tak abis

Sunday, September 05, 2010

Choc Pudding

haritu pernah nampak kak TTM buat puding coklat yg sedap ni.. so terus copy resepi dan kali ni baru sempat nak buat..hehehe ikut step by step mcm murid yg baik nihh :p
first time bakar guna ramekin ni.. masukkan adunan
masukkan brown sugar + cocoa powder.. pastu tuang sikit air panas dan bakar
comot sikit.. hehehe

rasanya? mmm sedapp.. rasa cam kek rupanya.. tp mcm kek yg dah ada topping tu.. so rich and chocolatey!
Kak TTM, umi c&p resepi kat sini yer.. :D

1 cup self-raising flour, sifted
1/2 cup caster sugar
1/3 cup cocoa, sifted
1/2 cup milk
50g butter, melted
1 egg
1 teaspoon vanilla extract
1 cup firmly packed brown sugar
1 cup boiling water
whipped cream, to serve

Method
1.Preheat oven to 180°C/160° fan-forced. Lightly grease an 8cm-deep, 6 cup-capacity ovenproof dish.

2.Place flour, caster sugar and half the cocoa in a large bowl. Whisk milk, butter, egg and vanilla together in a jug. Add egg mixture to flour mixture. Transfer to prepared dish.
3. Combine brown sugar and remaining cocoa in a bowl. Sprinkle cocoa mixture over batter. Pour boiling water over the back of a large metal spoon to evenly cover pudding batter.
4. Place dish on a baking tray. Bake for 40 to 45 minutes or until pudding bounces back when pressed gently in the centre. Remove from oven. Stand for 3 to 4 minutes. Serve with cream.

Saturday, September 04, 2010

Ikan rebus
menu penghujung ramadhan.. fevret cik abe.. (letak sini pun atas request dia lah).. dah tak tau nak makan apa dah, semua tak lalu mkn kot.. dgn budak2 pun suka sekali. diorg ckp ikan ni mcm ikan yg buat laksa tu la.. yaaa.. betull.. tp yg ni mkn dgn nasi..

Thursday, September 02, 2010

Kuih sagu
dah ramai yg buat kuih sagu ni kan.. kan...

tp kali ni buat, tak sempat keras elok dah potong.. sbb nak mkn dah ms berbuka.. so maafkan la rupanya yg tak sepertinya itu.. tp rasanya.. perghh mabelesss...
kelapa tu parut sendiri tauu.. mmg gigih sungguh usaha kali ni hehehehe

Wednesday, September 01, 2010

Buah Melaka @ Onde-onde

hujung2 puasa ni rajin pulak buat kuih2 mcm ni.. bkn nak mkn byk mana pun..tp boleh lah bg kat jiran2 dan kawan2 sikit..

bila buat buah melaka ni, teringat zaman dulu2 masa mak sy buat kuih ni utk jual kat kedai mkn dan letak kat kantin sekolah. dulu mmg tak teringin sgt nak mkn sbb hari2 ada dpn mata.. tp yg best ada satu hari tu, tgk kat kantin mcm menarik pulak.. siap pegi beli pulak dah.. dan makcik kantin tu kata.. "eh, hang beli kuih mak hang ka??" kih3.. ms tu bkn takat mak sy, tp mak2 sedara pun buat kuih utk jual jugak : makcik buat kuih apam eno dan apam lenggang.. makteh pulak buat karipap.. dulu2 hidup susah.. tp kesusahan lah yg byk mengajar kita kan?

p/s: teringat kenangan mkn bihun goreng lebihan yg kantin tak abis jual, mkn dgn kuah laksa. sapa2 pernah try? :D
Koleksi Resepi Chef Hanieliza

bila dengar ja pts publish buku ni dan dijual exclusively kat popular book store, apa lagi, mesti sambar satu lah

layout yang menarik. 1 resepi utk 1 hari..

yg bestnya panduan langkah demi langkah ni.. sbb bkn ja penting utk kita, kalu time malas2 tu bole suruh sorang lg tukang masak wat keje.. tak yah susah2 bg instruction, refer buku ni je hehehe (baguihnye bini kan kan).. sebenarnya buku ni adalah kompilasi resepi2 chef hanieliza dari buku resepi senangnya memasak..


dalam ms yg sama, beli gak buku ni.. kuih kukus.. walaupun ada gak resepi dlm buku yg atas tu, yg ni senang nak refer kat dapur.. he he he..

kek dan muffin kukus pun ader.. dan jugak serba serbi kuih talam.. cuma kuih talam dua muka je takde kihkihkih

tauhu dan telur.. ni sbb nak nak lengkapkan koleksi.. sempena Ramadhan, ada rebat 10% utk buku ni..

resepi fritata putih telur

sekian dulu laporan kali ini.. :)