Wednesday, September 16, 2009

Kad raya dari Chik Mi
Terima kasih Chik Mi, atas pemberian kad raya ni. umi dah tampal kat rumah umi dah hehehe.. di kesempatan ini juga, umi nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada Chik Mi sekeluarga.. semoga raya tahun ni meriah dan bermakna untuk kita semua. :)
Dodol

baru-baru ni kakitangan balai seni lukis ada buat gotong royong mengacau dodol. dah lama tak buat dodol, rindu betul la terutama nak amik kerak dodol tu yg paling ditunggu2 tu.. mmg berbaloi la kacau berjam2 pun
sila la layan gambar yg diambil oleh my hubby ye heheh
tu diaa..

dah bungkus pun. bungkusan special untuk vip
Mi udang lagi...
bulan2 posa ni mula la mai teringin nak mkn macam2.. termasuklah mi udang. di penghujung puasa ni lauk2 kat pasar ramadhan dah nampak kurang menarik, tekak pun tak larat nak mkn tu hari2. yg tak bestnya kdg2 beli makanan tu rasa cam makanan recycle (yg smlm tak abis pastu jual lagi harini).. hmm apa lagi, biar le masak simple2 janji bole makan, kenyang dan selamatt.... :)
Frame
cute photo frame, a gift from a friend :)

Saturday, September 12, 2009

Kuih nekbat
Nekbat adalah makanan pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang dibakar dalam acuan atau api kecil. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering.
Apabila Nekbat sedia untuk dihidangkan, nekbat akan direndam dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi.
RESEPI - C&P dari sajionline
1 bungkus tepung beras
12 biji telur ayam
500 gm gula
5 helai daun pandan
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk. 2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.

Friday, September 11, 2009

Pandan muffins
pandan muffins with almond flakes, as requested by abe awe

Thursday, September 10, 2009

Cornflakes madu (honey cornflakes)
the easiest raya snack to make..

to date, smaller container is empty already. :p

Tuesday, September 08, 2009

Menu berbuka
sambal tumis telur puyuh

bawal goreng dengan bawang goreng.. hehehe

Guess what?

dugong
tapir
and eagle

these are air brush painting done on a car's hood

Wednesday, September 02, 2009

Mug collection

1Malaysia mug, in celebration of the 52nd Celebration of Independence Day
and this is my english club's mug... :)
Yiyi

waiting for his school van


ohhoo he really does need a haircut, doesn't he? btw, abe awe is worse hehehe
Pai Epal
sebelum dibakar
buat pai epal atas permintaan my SIL.. dia kata sedap.. orait la tu.. makan dgn aiskrim lagi sedap

dah siapp..

yg ni pulak hasil kerjatangan abe awe. bg kat dia lebihan pastri, pastu dia pun buat le pie gunung berapi hehehe.. bila dah masak, mmg le keras sikit tp dia mkn gak le sbb dah dia buat, kan?
atas permintaan, ni lah resepinya.. kak ina, nanti jgn lupa try tauu
Pastry :
2 cups all purpose flour
2 Tbsp sugar
½ tsp baking powder
½ tsp salt
2/3 cup unsalted butter, cut into pieces and chilled
1 egg
4 to 5 Tbsp milk
For pastry, combine flour, sugar, baking powder and salt. Cut into butter until an even, crumbly texture. Whisk together egg and 3 Tbsp milk. Add to dough and mix until dough comes together, adding additional milk if needed. Shape dough into a disc, wrap and chill for 30 minutes.
Egg Wash:1 egg mixed with 2 Tbsp milk for glazing
Filling - from apple crumble's recipe filling by kacip and with some modification :
8 Granny Smith apples, peeled, cored and sliced
5 Tbsp brown sugar
1 to 2 Tbsp caster sugar
1 ½ tsp cinnamon powder
50 gm raisins
Bring apples up to a simmer with all the ingredients above with just some water. Simmer for 15 minutes, until apples are tender and drain. Allow to cool to room temperature
Preheat oven to 180° C. Roll out two thirds of pastry to less than ¼-inch thickness on a lightly floured surface. Line an 8-inch springform pan carefully, letting pastry hang a little over the sides. Roll out remaining one third of dough large enough to cover top of pan. Fill pan with apples and brush edges of pastry with egg wash. Place disc of pastry to cover fruit and seal edge, trim and crimp. Make holes in pastry with a fork or scissors and brush with remaining egg wash. Bake for 40 to 50 minutes, until pastry is a rich golden brown. Let pie rest for 20 minutes before removing springform ring.

Tuesday, September 01, 2009

Bubur kanji
ni ialah hidangan wajib tiap kali bulan puasa masa kat kampung. kurang2 kena buat sekali atau 2 kali. kami panggil ni kanji aje, ala2 bubur lambuk. tp tak ada daging. cuma letak udang, udang kering, lobak masin, karot, daun sup, daun bawang, serai, halia, lada hitam, santan dan daun pandan.. mmm

sedapp..
Happy 21st Birthday!!!








Happy 21st Birthday to my lovely sis, Cik Nina Berry..


semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu (dan cepat dpt jodoh yg baik)


Amin...

Monday, August 31, 2009

Menu Berbuka ..Ahad
gulai udang

sup gear box.. tp ni beli la he he he
Wangsa Walk Mall
kini dibuka, tp tak byk kedai yg dah dibuka masa ni. lupa nak snap gambar dr luar. tp yg bestnya nanti ada tgv cinema yahooo.. bowling pun ader, popular books, cold storage, tgi friday..

kedai levi's, dah buka.. (mula2 tutup tp pastu dia dah buka hehe)
Cuti sekolah

bawa budak2 ke ikea.. ehh sebenarnya mak budak yg nak pergi hehehe..
tp best gilos pegi hari keje mmg tadak org.. lapang je nak bayar pun siap leh melepak2 lagi..

pastu ke jusco au2 lak

yiyi dan panda

abe awe pakai mask camno tuh.. haiyaa
ni lak waktu malam.. dah dkt sgt dgn rumah la katakan..

wat lawak la tu..
Jeruk buah setul (setie)
ni jeruk fevret zaman kanak2.. kalu dulu2 mmg rajin ulang alik ke pekan cari jeruk ni. tp skrg susah nak jumpa dah. tetiba masa jalan kat jusco haritu ada gerai kat bazaar yg jual ni. 2 ketul RM3.. mmg la mahal tp disebabkan susahnya nak dpt esp kat KL ni, sy bantai gak beli 2.. fuhh mmg lazat dan nostalgia sekali :)

Thursday, August 27, 2009

Happy 5th Birthday!!!
Yiyi celebrated his 5th birthday on 21st August. However there was no cake since abe awe was down with fever and we decided to postpone his birthday party to after raya. Meanwhile, to make it up to him, we bought him a choc cake the day after and he could eat as much as he wanted while we watched (because it was the first day of the fasting month!) hehehehe.. anyway here's some delayed pics.

choc cake bought at giant nearby

birthday boy with his bro and aunt, Su Na

Monday, August 24, 2009

Menu simple untuk berbuka

Sy nak ucapkan selamat berpuasa untuk kawan2.. sori tak sempat nak update blog disebabkan kesibukan yg melanda.. tgk le, masak pun simple2 je hehe tp yg simple ni la mkn sampai bertambah.. x cukup sepinggan, 2 pinggan :D

kuah pedas aka rasam dengan telur
ulam-ulaman

sambal belacan yg diblend sbb malas tumbuk nanti terpercik pulak hahaha

serta kurma daging dan ayam goreng.. mak aii.. simple ke lagu ni? hehe ni belum masuk kuih2 yg ditapau dr pasar ramadhan lagi. kuih yg tak kelihatan : roti jala, vadai, popia basah, bihun goreng. air pulak untuk first day puasa ada 5 jenis : cendol, soya cincau, tebu, teh bunga dan nescafe panas.. isk isk... mmg la tak simple langsung tp nak wat cemana, ada 5 org (kami berempat plus my SIL), 5 la jenisnya :p