Sunday, August 15, 2010

Candle Stand / Holder
berkenan sgt dgn 2 benda ni.. nampak sweet sangat.. tp reganya not bad.. tp pk2 dah beli nak letak kat mana ya? tak kena dgn konsep rumah pulak.. kena tukar konsep.. iskk last2 tak yah ler hehe.. tp kdg2 masih teringat2.. iskkk
ni namanya rose hurricane lamp
p/s: bulan2 posa kena kurangkan post psl makanan la kot. tp takpe.. nanti selit2 gak citer tmpt mkn menarik.. idea utk tmpt berbuka

Friday, August 13, 2010

Give Away (GA) Raya dari Mrs Nor
Check this out ... GA Raya dari Kak Nor.. wahh.. terima kasih Kak Nor kerana sudi dan bermurah hati buat GA di bulan puasa ni.. sape2 nak join jangan risau ye tarikh tutupnya ialah 23 Ogos 2010.. pe kata jom kita meriahkan GA ni lagi.. :)

Thursday, August 12, 2010

Bihun Sup
kali ni cuba resepi bihun sup dari koleksi senangnya memasak mi, bihun dan kuetiau oleh chef hanieliza..mm cedapp, simple dan mudah disediakan.. kemudian sy buat cili kicap sekali.. lg terangkat!

Wednesday, August 11, 2010

Tag dan award dari Kak Ina

Kak ina ni tak aci betul la.. nak bg award, tp suh jawab soalan pulak.. ni mesti jeles tgk makanan kat sini.. ala kalu leleh air liur sket apa salahnya.. kena byk bersabar dgn dugaan.. baru la puasa namanya hehe..

tu aa.. utk mendptkan award ni, kena dera pulak.. lenkali award la dgn brownies ka, ciskek ka, coq udang ka baru la ngam..

ni award nya :


Ni soalannyaa..
Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawapan : hot mende la sejukkkk giloss ni tak ada bahan bakar dok lam aircond hehehe.. tank kosong


Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Jawapan : Warna hijau la sejibik wallpaper kak ina.. kopipes wallpaper kak ina lahh.. tadak cam nak amik gambauu.. (tu la sapa suruh kakakaka)




Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawapan : ni pc ofis la maleh boh gambar.. kalu pc sendiri, ada gambar toothless..


Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawapan : ehh rasanya masa insiden si yiyi tu tido lam bas la.. alami kejutan (shock) sikit.. bila mkn pizza, baru la beransur2 pulih... hehehehe

eh byk lak modal gambar pizza ni kan? :D

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawapan : Lagu Sheryl Crow kat radio.. tp tak tau tajuk ape.. cam pernah dgr.. dan suka lagu tu hehe

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawapan : ntah.. cam terlelap sekejap2 ni hehehe

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan : Mama... kalau tgh fedap, jd MAMABOSAN hahahaha

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawapan : Kena tag org lagi ye.. waaa ramai sgt nak pilih, taktau nak pilih.. tp sesiapa yg sudi jemput la amik tag ni yaa..

(soalan seterusnya.. kalau dah jawab soalan 8)

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..

okeh ke tu kak ina? kira ok la yekk.. hehehe tq for tagging me.. i lap u toooo (bila mau kasi brownies ah?)
Apple puff

yg ni bkn buat sendiri.. beli kat jusco..

kalau taktau nak mkn apa time sahur, bole la mkn ni kot (atau sesiapa yg cuti2 :wink: tu bole la tapau senyap2 mkn kat ofis time rehat yee hehehe).. biasa la pagi2 buta ni bknnya selera sangat.. lepas tu minum milo panas.. fuhh.. ada sesiapa terliur? iskk bulan2 posa lak tayang semua ni kan? anggap ni semua... cobaan...
Daging wif daun kari
resepi simple, sedap makan dgn nasi panas2..ala2 rendang la rasanya.. resepi dr my mom..
sepatutnya lebih pedas, tp kena sesuaikan dgn tekak budak 2 org tu. silap2 taknak makan terus kalu tak suka.. tp yg ni, diorg suka :) legaa...

Tuesday, August 10, 2010

GA dari Kelly
10 yellow aprons to be won!!
yeahh..kali ni nak join GA dari Kelly dari blog Kelly's Life. TQ Kelly, mmg pemurah betul sudi buat GA ni tambah2 tgk apron muffin yg comel tu.. kalau dpt pakai ms buat kuih raya sure bergaya di dapur he he he...
anyway, just trying my luck. Sesiapa yg berminat utk join, sila lihat syarat2 nya iaitu :
-Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2
- Link kan blog
Kelly's Life
- Letak komen kat N3 berkenaan di blog
Kelly
- Mestilah follower kat blog Kelly's Life
- Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je
Selamat Berpuasa...

Sy ingin ucapkan selamat berpuasa kpd kawan2 semua.. semoga tahun ni kita dpt menjalani ibadahnya dengan sempurna dan diberkati hendaknya.. Amin..

jadi apa hidangan berbuka nanti? makan serawa labu ni pun best jugak kan? hehehe.. iskk tak elok asyik fikir makan je, tp bolehla kalau nak cari idea sikit2.. :)

sebelum

selepas..

nota: jgn masak lama2 sgt nanti hancur labu tu jadi sup labu pulak :p
makanan ni sesuai utk yg tak ada gigi, boleh gonyeh2 telan :)

Monday, August 09, 2010

My sons

dua beradik @ the curve

nak naik lrt ke bukit jalil

sempat lg posing tak kira tempat


program maya loves nature (kitar semula beg plastik) pd 31 Julai 2010

sekolah abe awe pun take part. dpt tempat ke-3. Tahniah!
Buah-buahan dari kampung

ni semua dikirim oleh mek untuk anak cucu yg jauh
hasil dari kebun sendiri

fuhh.. kalau dok kg masa ni best gilerr dpt mkn fresh2 dr pokok..

Sunday, August 08, 2010

Kacang panjang goreng dgn hati ayam
menu ni dah buat 2 minggu lepas.. tp last week tak ada kesempatan utk update blog + malas pun ader so baru ni boleh update hehehe..
suka sgt ratah yg ni.. tp takleh selalu, muak juga.. tp boleh la wat modal terliur bulan2 posa nanti.. :p

Sunday, August 01, 2010

Warisan - by Sudirman

Sempena bulan kemerdekaan, sebagai rakyat Malaysia, jom kita hayati lagu ini..



Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

( ulang korus )

p/s: apakah sumbangan kita kepada negara?

Thursday, July 29, 2010

Nasi kandar @ Restoran Kudu bin Abdul, Jalan TAR

pernah terbaca somewhere yg restoran ni menyediakan nasi kandar yang paling sedap di kl.. apa lg, kena cuba lah kann..
asalnya kedai makan cina.. sama mcm stail kat penang dulu2 kot. nasi kandar dijual di restoran milik orang cina.. diorg sedia nasi, tokey kedai sedia air.. dulu2 sy suka kalau arwah ayah sy bw mkn nasi kandar kat tanjung.. dpt nasi kandar dgn bendi dan telur masin pun dah cukup rasa makanan paling sedap dlm dunia he he.. utk makluman, walaupun sy asal penang, tp takde la mkn nasi kandar hari2 ye.. cuma waktu tertentu sj.. cth, kita pun takde la mkn nasi beriani tiap2 minggu kan? cuma bila berhijrah ni, bila mkn makanan trademark mcm ni mesti teringat kg dan kenangan sms kecil :D
mmg betul la kena beratur.. ramai peminat ni.. pelanggan yg tgh beratur dgn kami bgtau yg kalau lunch time hari bekerja yg biasa, queue lebih panjang.. sampai ke klinik yg terletak selang 2-3 kedai dr restoran ni.. fuhh
biasanya sy suka daging msk kicap, tp kali ni try ayam goreng, bendi dan dah tentu telur masin.. abis gakk.. (walau ms tu tak lapar sgt)

my partner amik telur ikan yg sy suggest. dia bg 4 bintang stgh (takleh kata apa la dia suka restoran pelita, siap bg 5 bintang stgh isk2)
budak2 cam biasa la merungut pulak sbb telur dadar ada bawang la, nasi byk kuah sgt la.. isk3.. :p

Wednesday, July 28, 2010

Mi goreng @ Restoran Diva, Setiawangsa
balik kije/sekolah ptg2 kalu salah sorang nak mkn mi goreng dan 3 org lg nak mkn roti canai, kami akan menuju ke sini...

ohh mi gorengnya mmg sedapp.. dan pedass.. mmg diva lahh :)
Tray dan deco


bila tgk aje iklan ikea, ada offer tray ni cuma RM45 je (np RM149 kalu tak silap).. apa lg.. misti sambar satu la
dan juga pasu ni.. haha.. cuma RM6.80
tukar hiasan sikit2 je spy tak jemu.. hmm bestnya kalau boleh petik bunga dari taman sendiri.. tp nak buat cemana kan hidup di rumah 'sarang burung', mana lah ada garden.. kecuali tanam pokok dlm pasu :p

Tuesday, July 27, 2010

Coffee set

ni adalah pelengkap kpd koleksi sedia ada.. br je coffee set.. tea set tgh dok fikir lg ni..(fuluss fuluss)

cam biasa la 'makcik' berkenan dgn corak rosnya itu.. sebenarnya berkenan sgt dgn jug tu

meriah la raya tahun ni kan?

london mari? tak payah susah2 pegi sana
Teacup
baru2 ni ke kedai hiasan.. berkenan dgn sepasang cawan ni

disebabkan bunga ros dan warnanya yg 'sweet'..
murah je.. tak la setanding koleksi dr england dll.. yg ni made in china je..

Monday, July 26, 2010

TAG dari azatiesayang

Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang..



terima kasih pd tuan punya blog azatiesayang, iaitu kawan baru dari alam cyber kerana sudi tag umi.. .. bestnya dpt kenal ramai kawan dan sudi pulak tag umi.. kebetulan ada rajin sikit umi jawab la ahakss..

gambar di atas sebenarnya umi cari dari internet utk idea kitchen idaman atau sebenarnya jenis kabinet yg umi berkenan.. selalu cari kat kedai perabot hubby dah bising dia tak tau jenis cemana la yg umi berkenan ni so senang cerita kita tunjuk gambar kat dia baru la ada idea kan.. dan juga suka sgt working table mcm dlm gambar tu .. serta dapur yg luas dan sunny..

Itu lah ceritanya.. sesiapa yang sudi, silalah ambik tag ini seterusnya ya.. sila lahh...
Nasi himpit kuah kacang dan gado2
baru2 ni buat kuah kacang.. dimkn dengan nasi himpit. bila tgh masak kuah kacang ni, rasa cam nak raya la pulak hihihi...

kebetulan dah ada kuah kacang, celur sayur buat gado-gado pun beh gak.. gado2 ni lebih kurang pecal la. patutnya ada tauhu.. tp tak letak.. hubby tak mkn, pastu kena 'paksa' mkn, pastu sedap pulak :D (byknya pastu.. ahakss)

senang ja.. celur sayur

yumm yumm

Sunday, July 25, 2010

Bunga-bunga di pasar tani
geramnya tgk..

ingat nak amik gambar 1 jenis bunga lg, tp bila patah balik, dah ada org beli.. tak sempat snap