Friday, April 30, 2010

Ke klinik lagi.. dan mc


ni dah jadi rutin hampir tiap bulan.. lelah lg.. sebab minum ais mlm2. bila tak tgk aje senyap2 ke dapur minum air dr fridge.. heee..
pastu yiyi lak tumpang semangkuk.. suruh doktor check pulak. sib baik Dr sporting.. pastu nak gas jugak.. haiyaa
kata yiyi : lepas abe awe, yiyi punya turn pulak..
(sekarang dia kata turn dia pulak nak main pc adoiii)

Thursday, April 22, 2010

Menu lunch..

ni menu a few days ago.. dah lama teringin nak makan kerabu taugeh. yumm yumm

gulai ikan temenung aka kembung ngan bendi.. mmm

ni lak menu spesel utk cik abe. dah dia tak mkn kerabu, dia beli le jeruk maman ni kat pasar tani..
menu sampingan/wajib yg tak ada lam gambar : ikan goreng dan ikan talang masin he he he...

Wednesday, April 21, 2010

From hubby with love


special dr hubby yg memahami minat terhadap benda2 yg cute

camnih

there's no place like home

macih bah... muahs muahs

Tuesday, April 20, 2010

Mango smoothies

musim2 buah pelam ni, mcm2 idea la timbul. bila tengok buah byk2, mula la nak borong

lepas tu tak larat la nak makan, buat jus ok gak. buat smoothies? lagi la ngam

cuma 2 biji pelam je dpt 4-5 gelas smoothies yg kaw camnih

oo camni kalu biz ni untung gak ni... hehehe ada sape nak beli? satu gelas brp ye? RM1.50? RM2.00?

Monday, April 19, 2010

Pelita


tengok orang lain kumpul pelita, cantik pulak nampaknya..

pastu tetiba terjumpa lak pelita 3 beradik ni.. apa lagi, sambar terus la

comel aje..

yg ni besar sikit..
Bunga kertas

cantiknya bunga ni.. dekat dengan pintu pagar sekolah setiawangsa

fuhh... menawan...

Sunday, April 18, 2010

Terima kasih pada yang tersayang

pada mak yang susah2 hadiahkan umi sepasang baju kurung dengan warna kegemaran iaitu purple. :)


pd adik, cik nina yg hadiahkan kerongsang berlian.. perghh mahal berlian ni hehehe

dan pd anak, abe awe yg hadiahkan mama dengan buku nota mickey mouse ni.. sbb tahu mama suka tulis grocery list kat buku nota

lepas tu abe awe lak berkenan, nak pau pulak.. hehehe

Thursday, April 15, 2010

Dinner @ Lay Pak Kopitiam


dah lama teringin nak ke sini, kalu tak silap dulu kopitiam ni mula2 buka kat depan sek. setiawangsa. lepas tu pindah ke keramat permai, selang 2-3 pintu dr ofis KRU

cik abe order vanilla ice blended

topped dgn whipped cream dan colourful choc rice

nestlo ice blended

cam nak try gak ubi kayu rebus ni.. sambal dia not bad

ni spaghetti diorder oleh abe awe. last2 dia tak abis pun.. sibuk pilih 'sayur' nak buang

lamb chop.. cik abe bg 3 bintang

sy order pulut kuning heheh.. teruk tul nak mkn pulut kuning lak.. sebenarnya malas nak order chicken chop ke apa ke.. not bad gak. sy bg 4 bintang la.

ni wok yoh (yiyi) order.. pancake utk dinner.. siap tabur garam lagi.. isk3..ntah mana dtg resepi dia tu pastu abe awe la terkena bila part tolong ngabihkan pancake ni napa masin plak kakakaka...
total sume abt RM50 ok la kan portion dia byk gak. mengenyangkan.

Alamat :
Lay Pak Kopitiam
22, Jelatek Business Park, Kuala Lumpur, Malaysia
http://laypakkopitiam.blogspot.com/

Wednesday, April 14, 2010

Alas meja / kabinet tv


kain lebihan alas meja haritu..buat alas kabinet tv lama yg dah jd tmpt letak oven he he..

pastu teringat kak intan ada hias terendak lampu dengan kain mcm ni dengan manik kiut jugak.. so ikut idea kak intan lah, boleh kan kak?.. letak manik jugak.. baru kain ni terletak elok.. kalu tak, kain yg ringan tu asyik terbang ditiup angin... hmm idea yg simple tp hasilnya.. :)

Tuesday, April 13, 2010

Spode : The Blue Room Collection



winter

Floral

Lucano

Rural Scenes

Girl at Well

Italian

pinggan-pinggan ni dibeli dari Kak Azzah untuk melengkapkan koleksi spode yg sedia ada.. sebenarnya sblm ni dah ada 2 (garden collection).. tp suka lak dengan design spode ni terutama floral design.

Monday, April 12, 2010

Pancakes


with fresh strawberry slices

yum yumm

and dried strawberry slices


and also raisins :)

Sunday, April 11, 2010

Topiary


dah lama berkenan pasu. topiary tu lak awe yg pilih. kalu pegi beli brg rumah, suka bw awe ni dia byk idea.. he he he

Saturday, April 10, 2010

Budak2 demam

last week dua2 beradik kena demam panas.. mula2 sy kena dulu.. sakit badan, selsema, sakit tekak.. tp malas pegi klinik.. he he.. 3 hari camtu..

hari ketiga.. awe lak demam + lelah..

kena gas lagi. mc 2 hari.. terbaring je letih.. rumah senyap sunyi cam dilanda garuda

harini awe ke klinik, esoknya yiyi pulak kena.. sama2 join terbaring.. dan ni yiyi sehari lepas demam.. lepas masing2 dah kebah demam, mula le demand nak mkn mcm2, pizza la, mcd la.. tp bila pegi, cuma dpt mkn sikit dan minum je.. selera mcm ada, tp takleh nak telan kot..

so mkn bubur nasi la..

Thursday, April 08, 2010

Le Poulet Roti

kalu tak silap le poulet tu maknanya ayam dan roti tu rottiseri lah hehe

ni first time mkn kat le poulet ni.. ada 3 jenis roast iaitu classic, oriental dan tandoori roast. order set for 2 utk RM42

yg bestnya mkn kat sini..

alfresco dining

dgn orange juice kalu tak silap RM5.90

dessert of the day : muffins!

hot side dish : mashed potato

cold side dish : pasta tuna

dan semestinya classic roasted chicken.. eh lupa la nak minta blackpepper sauce. anyway cedap gak mcm KR lah.. okla tu mkn 2 org half chicken pun kenyang.. budak2? diorg taknak mkn pulak.. asyik nak main so abah dan mama dating 2 org dan so kami tapau je apa yg patut..