Thursday, July 29, 2010

Nasi kandar @ Restoran Kudu bin Abdul, Jalan TAR

pernah terbaca somewhere yg restoran ni menyediakan nasi kandar yang paling sedap di kl.. apa lg, kena cuba lah kann..
asalnya kedai makan cina.. sama mcm stail kat penang dulu2 kot. nasi kandar dijual di restoran milik orang cina.. diorg sedia nasi, tokey kedai sedia air.. dulu2 sy suka kalau arwah ayah sy bw mkn nasi kandar kat tanjung.. dpt nasi kandar dgn bendi dan telur masin pun dah cukup rasa makanan paling sedap dlm dunia he he.. utk makluman, walaupun sy asal penang, tp takde la mkn nasi kandar hari2 ye.. cuma waktu tertentu sj.. cth, kita pun takde la mkn nasi beriani tiap2 minggu kan? cuma bila berhijrah ni, bila mkn makanan trademark mcm ni mesti teringat kg dan kenangan sms kecil :D
mmg betul la kena beratur.. ramai peminat ni.. pelanggan yg tgh beratur dgn kami bgtau yg kalau lunch time hari bekerja yg biasa, queue lebih panjang.. sampai ke klinik yg terletak selang 2-3 kedai dr restoran ni.. fuhh
biasanya sy suka daging msk kicap, tp kali ni try ayam goreng, bendi dan dah tentu telur masin.. abis gakk.. (walau ms tu tak lapar sgt)

my partner amik telur ikan yg sy suggest. dia bg 4 bintang stgh (takleh kata apa la dia suka restoran pelita, siap bg 5 bintang stgh isk2)
budak2 cam biasa la merungut pulak sbb telur dadar ada bawang la, nasi byk kuah sgt la.. isk3.. :p

Wednesday, July 28, 2010

Mi goreng @ Restoran Diva, Setiawangsa
balik kije/sekolah ptg2 kalu salah sorang nak mkn mi goreng dan 3 org lg nak mkn roti canai, kami akan menuju ke sini...

ohh mi gorengnya mmg sedapp.. dan pedass.. mmg diva lahh :)
Tray dan deco


bila tgk aje iklan ikea, ada offer tray ni cuma RM45 je (np RM149 kalu tak silap).. apa lg.. misti sambar satu la
dan juga pasu ni.. haha.. cuma RM6.80
tukar hiasan sikit2 je spy tak jemu.. hmm bestnya kalau boleh petik bunga dari taman sendiri.. tp nak buat cemana kan hidup di rumah 'sarang burung', mana lah ada garden.. kecuali tanam pokok dlm pasu :p

Tuesday, July 27, 2010

Coffee set

ni adalah pelengkap kpd koleksi sedia ada.. br je coffee set.. tea set tgh dok fikir lg ni..(fuluss fuluss)

cam biasa la 'makcik' berkenan dgn corak rosnya itu.. sebenarnya berkenan sgt dgn jug tu

meriah la raya tahun ni kan?

london mari? tak payah susah2 pegi sana
Teacup
baru2 ni ke kedai hiasan.. berkenan dgn sepasang cawan ni

disebabkan bunga ros dan warnanya yg 'sweet'..
murah je.. tak la setanding koleksi dr england dll.. yg ni made in china je..

Monday, July 26, 2010

TAG dari azatiesayang

Sila klik folder gambar di PC atau LAPTOP anda. Pilih folder gambar yang ke-8, dan di dalam folder yang ke-8 itu pilih gambar yang ke-8 pula. Tulis catatan ringkas berkenaan dengan gambar tersebut. Seterusnya, tag lagi 8 orang..



terima kasih pd tuan punya blog azatiesayang, iaitu kawan baru dari alam cyber kerana sudi tag umi.. .. bestnya dpt kenal ramai kawan dan sudi pulak tag umi.. kebetulan ada rajin sikit umi jawab la ahakss..

gambar di atas sebenarnya umi cari dari internet utk idea kitchen idaman atau sebenarnya jenis kabinet yg umi berkenan.. selalu cari kat kedai perabot hubby dah bising dia tak tau jenis cemana la yg umi berkenan ni so senang cerita kita tunjuk gambar kat dia baru la ada idea kan.. dan juga suka sgt working table mcm dlm gambar tu .. serta dapur yg luas dan sunny..

Itu lah ceritanya.. sesiapa yang sudi, silalah ambik tag ini seterusnya ya.. sila lahh...
Nasi himpit kuah kacang dan gado2
baru2 ni buat kuah kacang.. dimkn dengan nasi himpit. bila tgh masak kuah kacang ni, rasa cam nak raya la pulak hihihi...

kebetulan dah ada kuah kacang, celur sayur buat gado-gado pun beh gak.. gado2 ni lebih kurang pecal la. patutnya ada tauhu.. tp tak letak.. hubby tak mkn, pastu kena 'paksa' mkn, pastu sedap pulak :D (byknya pastu.. ahakss)

senang ja.. celur sayur

yumm yumm

Sunday, July 25, 2010

Bunga-bunga di pasar tani
geramnya tgk..

ingat nak amik gambar 1 jenis bunga lg, tp bila patah balik, dah ada org beli.. tak sempat snap
Yiyi

nak pegi sekolah pun kena bergaya.. sampai driver bas sekolah pun tergelak tgk

jumpa jam cik pina yg tertinggal. rosak pulak tu.. happadaa

dekat2 bulan puasa ni ada iklan kurma yusof taiyoob.. yiyi pun nak jd model iklan jugak le :)

Thursday, July 22, 2010

Cabai cuka (cili jeruk)
tak ada kerja betul.. buat cabai cuka pun letak kat sini hahaha.. melampau kan? tp yg ni mmg penting utk 'melajukan' proses memakan benda2 spt bihun goreng dsb hehe.. dah tu ada lak 'hantu' yg kaki makan.. tu diaa

makan ngan bihun bodo je.. bihun tak ada sayur/telur sbb malas.. ahaha.. taruk udang ja. sebenarnya terpaksa ikut selera budak2 ni kalu jumpa bawang ke sayur ke berjam2 la dok pilih belum masuk dgn muka mencukanya kalah cabai cuka ni ok la janji makan.. kali ni ja pastu kena paksa jugak lee mkn sayur..
Khas utk Kelly.. :)
Bahan :
Cili hijau
cuka makan
gula
garam
Cara :
Potong cili hijau. Basuh (untuk kurangkan pedas) dan masukkan ke dalam bekas.
Masukkan cuka makan (letak lebih kurang sama aras dgn cili) dan letak gula & garam secukup rasa.
Biasanya kalau buat dr mlm tu esok dah boleh bfast dgn cili jeruk.

Wednesday, July 21, 2010

Roasted Chicken


dah lama tak buat ni.. beh gak sekali sekala buat hehe

pastu buat gravy

pastu simbah terus haha tak dan nak mekap lawa2 dah jenuh tunggu lama nak masak wooo.. pastu.. ngappp.. Alhamdulillahh!!

Tuesday, July 20, 2010

Nasi dagang


baru2 ni my mom and sis dtg dr penang.. nak jamu nasik dagang la pulak hihi..

mak siap bawak kerang rebus dengan periuk2nya sekali naik keta haha


air asam pun aderr.. bawang sume dah potong siap nak gaul jee

ni jelatah.. ai yg buat haha


gulai udang import atas permintaan.. rempah giling semestinyaa.. rempah digiling oleh mak

ni gulai ikan aya.. ntah la rasa cemana.. tak merah la pulak.. takut pedas kakaka...

Monday, July 19, 2010

SIM card lama.. a.d.a.m.

dulu2 sim card mcm ni.. sapa2 sempat pakai adam dulu?

hphone pun besar gedabak.. tp takde le saiz besar bangat tu haha tp mmg bulky la takleh letak lam poket :p
Breakfast

konon2 menu diet la.. quaker oat dgn dried strawberries.. hehe.. mana leh asyik mkn nasi lemak atau roti canai je kan? :p
Jalan2 ke Ampang Park : Spring Potato


smlm ke ampang park utk cari ni aje.. spring potato
ni sbb tergoda baca artikel dalam hmetro dan juga baca dari website : potatoboom.. cam cedapp je kan maklumla mmg suka kentang..apatah lagi si awe tu mmg fevret dia lah.. esp kalu ada cheese flavour.
ingat nak amik gambar tp tak sempat laa.. lgpun kat website dah ada copy je boleh la kan sambil2 promote produk org kita.. ada 6 perasa semuanya.. kami try bbq, black pepper dan cheese.

oh ya.. try jugak strawberry smoothies mmg sedapp..

sayang sekali tak ada meja dan kerusi.. tp sib baik ada gak kerusi kat ampang park, lepas beli terus mkn kat situ jee.. :)
note :
utk sesiapa yg nak cari, stall spring potato bersebelahan je dgn butik first lady, di kawasan tgh (dekat2 lif tu haa)

Sunday, July 18, 2010

FM lagi...

bila ke bazar malam setiawangsa (yang diadakan setiap malam, tp tak le pegi tiap2 mlm pun) mesti singgah cari FM nih..

tangkapan kali ni

gitar pun ader




ni lak yg dipilih oleh abe awe.. siap pembua botol di belakangnya

FM coca cola