sebelum dibakar
selepas dibakar.. pastu apa lagi.. potong le
nyam2
resepi asal dari mat gebu kat myresepi . resepinya seperti di bawah :
Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )
250 g mentega
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar - umi parut
100 ml susu UHT
280 g tepung gandum - umi guna tepung berserbuk penaik
1 camca teh baking powder
Cara-cara
Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
Tambah kiub-kiub keju dan gaul adunan hingga sebati.
Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar (jika suka....).
note :
umi campur 1/3 adunan dengan choc emulco dan lapis di tgh
No comments:
Post a Comment