berita sedih, kamera sudah rosak daa.. displaynya tp masih dpt amik gambar so main agak2 sj la nak fokus tu pasal lari huhuhu anyway gambar masih jelas walaupun senget..
hari sabtu tingin makan sotong masak kari baba's ni.. mmm sedapp.. hehehe.. ni ha resepinya yg senang giloss sambil tido pun leh buat hehe
Bahan :
Sotong yang dah direbus sebentart dan ditoskan
Serbuk kari daging baba's (bancuh siap2 dengan air)
Bawang merah
Bunga cengkih
bunga lawang
kulit kayu manis
Air asam jawa
Gula
Garam
Cara Memasak :
1. Tumis bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
1. Tumis bawang, bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
2. Bila dah wangi, tuang bancuhan serbuk kari
3. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa
4. Masukkan gula, sotong, garam secukup rasa
5. Biarkan mendidih/masak sampai agak-agak kuah kering sikit
Gerenti sedap macam lauk sotong yang jual kat kedai nasi kandar tu. perghh
No comments:
Post a Comment