Tuesday, September 28, 2010

TTM FIRST LUCKY DRAW!!!


Jom join lucky draw kat Blog TopsyTurvyMum :)


Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Additional Information
Item Code 1065856
Weight 4,275g
Category Dinnerware
Pattern Geometric

Product Description
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.


Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.



fuhh cunnyaa... :D
Makaroni bakar
Cubaan kedua buat makaroni.. guna resepi dari blog sunkist79. mintak izin tuan punya kopipes resepi yaa..
cuma pakai lebih kurang 300gm makaroni
dapat 2 bekas.. byk gak
tp rasanya kalau sos lebih sikit dan tambah lg daging dan sosej lebih sedap, mcm yg sunkist79 buat tu nampak lebih cun kan? biasa la umi main agak2 je.. apa2pun mmg berbaloi sgt dan mendpt pujian.. (tak letak cili dan tomato sbb budak2 tak suka)

sekejap ja dah nak clear..

Bahan Pasta:
500 g pasta [makaroni/spiral/fennel] - umi buat separuh sj, dpt 2 bekas 2L dan 1.2L
2 s/b minyak
-
Bahan Inti:
500 g daging cincang - buat 250 g aje
1 labu bawang besar [potong dadu kecil]
1 ulas bawang putih [dicincang halus]
8 biji cendawan butang [hiris nipis]
sosej ayam - umi tambah
6 biji tomato [dadu kasar]
5 tangkai cili merah [racik kasar]
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
1 s/b lada sulah
1 s/b oregano kering
3 s/b minyak
-
Bahan sos bechamel:
2 biji telur2 cawan susu cair1 kotak keju cheddar - diparut1/4 cwn mentegagaram & sedikit serbuk lada sulah4 sudu besar tepung
-
Cara-cara:
1. Pasta direbus dalam air mendideh dan garam sehingga lembut. Toskan dan gaulkan dengan minyak.
2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan daging kisar yg telah dileraikan. Kacau sehingga daging kelihatan masak.
4. Masukkan cendawan, sosej, cili merah, tomato, cili sos dan tomato sos. Kacau rata.
5. Masukkan lada sulah dan garam. Rasakan masinnya.
6. Bila dan masak masukkan bahan inti dalam mangkuk yg berisi pasta tadi.
7. Di dalam periuk lain, cairkan mentega. Masukkan susu & telur. Kacau sebati. Masukkan keju parut. Kemudian, masukkan tepung gandum untuk memekatkan sos. Taburkan sedikit garam & serbuk lada putih. Tutup api.
8. Di dalam mangkuk untuk membakar, tuang sedikit campuran makaroni tadi dan ratakan. Kemudian, tuangkan pula sos bechamel di atas makaroni tadi. Ratakan. Ulang teknik yg sama sehingga habis.
9. Pada lapisan atas, tuangkan lebihan sos bechamel tadi dan taburkan dgn lebihan keju parut. Taburkan dgn oregano kering.10. Panaskan oven pada suhu 350c dan bakar selama lebih kurang 15 minit atau sehingga keju bertukar warna keperangan.
11. Apabila sudah masak, biarkan lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan.

Monday, September 27, 2010

Muffin untuk jamuan raya di ofis

mufin coklat

wat kecik2 utk sekali ngap :D

Sunday, September 26, 2010

Marigold
tertarik la dengan kaler bunga ni.. walaupun baunya busuk

tapi sangat cantik :)

Friday, September 24, 2010

Kuali leper

pasni bole buat roti jala dengan bergaya
ada byk lagi jenis periuk. beli kat kedai india..

siap dgn aksesori :) (pemegang tu kena pasang sendiri)
Pinggan biru Rosemont Blue


balik kampung sempat shopping pinggan lagi :)
ada pun 3 ketul ni.. terus rembat tanpa membuang masa

Thursday, September 23, 2010

Ayam masak kicap
ni masakan mak jugak. mak masak apa semua sedap

makan nasi 2 pinggan licin.. :D

Wednesday, September 22, 2010

Menu Bakar bakar

balik kg ni paling best nak lepas gian bakar makanan.. dok kat apartmen ni cmn nak bakar cara camni kan, kang berasap abis satu rumah, takpun rumah jiran pun masuk asap hehehe
ikan temenung aka kembung
keledek bakar

jagung bakar :)
ehh lupa amik gambar daging bakar :p

Tuesday, September 21, 2010

Zoom in bersama... sambal tumis terung belanda :)

sambil ziarah rumah sedara mara, sambil tengok2 pokok2 keliling rumah.. tgk2 ada gak rezeki dpt terung belanda ni. hehehe
tq pd kak azatie dan kak madiha atas maklumat tambahan berkenaan terung ni. Rupa-rupanya terung ni dikenali dengan pelbagai nama - bkn sj dgn nama terung belanda, tapi juga terung pipit, terung pokak, terung manggor dan juga terung ceweng.. :)

dulu kecik2 suka kutip bg mak masak.. tp tak mkn pun. saja suka kutip. bila dah 'tua' sikit ni br nak mkn :p
sambal tumis paling sedap dlm dunia hehe
close up

budak kecik ni pantang tgk bunga tepi rumah tok teh. terus petik pastu boh kat telinga.. elok la tu buat lawak.. :D

Monday, September 20, 2010

Menu raya : Mi sup

telur puyuh rebus

fishball

fish cake

sambal cili
bawang putih goreng

tadaaa... sebenarnya menu ni disediakan oleh adik.. kami tunggu dia masak dari pagi sampai ler kul 3 petang baru dpt makan.. hehehehe jenuh gak le perut dok berkeroncong tunggu nak isi :p
tenkiu cik nina, mmg mabeles la mi sup ni. bole buat meniaga :D
Gambar raya

tahun ni tema kaler purple. tgk2 ramai juga pakai kaler purple tahun ni hehehe..
dua beradik
makin hensem la anak teruna ni :)

yg ni plak kalu posing mmg tak kalah. siap dgn sebakul coklat dan duit raya utk bg kat budak2..

Sunday, September 19, 2010

Gulai buah munggai
Salam dan selamat hari raya.. :) br balik dr kampung ni. ms kat kampung mmg beraya sakan sampai tak ingat apa.. apa lg kalau dpt makan masakan mak yg sedap2.. bila dekat2 nak balik haritu, mak dah sibuk cari mcm2 nak masak utk anak mak ni.. mekasih mak..
buah munggai (dah buang kulit)

perghh... mmg sedapp

Tuesday, September 07, 2010

Biskut Fancy Ice Cream

Sempena raya ni, sibuklah nak buat kuih raya. nak beli mahal, baik buat sendiri boleh dpt berbalang2 siap bole bg kat kawan2 lg..
Resepi ni diambil dari koleksi resipi pilihan Diana.. tumpang c&p ya..
sapu dgn telur sblm dibakar utk mendptkan warna yg cantik
celup coklat dan tabur dgn choc rice dll
posing bertiga.. tetiba teringat cerita 3 dara pingitan yg dlm majalah tu (gila2 ke ujang yer? tak ingat lak)

susunan oleh abe awe.. dia ni kalau part susun menyusun mmg serah kat dia.. :)

Bahan-bahannya
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Topping
coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan
Cara-caranya
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar.
Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak. (umi bakar +- 10 mins)
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
note : umi buat 2x ganda adunan di atas

Monday, September 06, 2010

Nasi Bukhara.. once again :)

Di penghujung puasa ni mmg tak ada idea nak mkn apa.. balik keje, tak sempat masak pun.. so tapau aje yg sempat.. termasuklah nasi bukhara ni.. suka nasi bukhara daging sbb daging dia sedapp..
satu pek RM12 centu
nasi, daging berketul2 yg diletak di bawah nasi, telur rebus, dalca dan acar

nampak tak daging tu? hehe kalau mkn sorang2 mmg gerenti tak abis

Sunday, September 05, 2010

Choc Pudding

haritu pernah nampak kak TTM buat puding coklat yg sedap ni.. so terus copy resepi dan kali ni baru sempat nak buat..hehehe ikut step by step mcm murid yg baik nihh :p
first time bakar guna ramekin ni.. masukkan adunan
masukkan brown sugar + cocoa powder.. pastu tuang sikit air panas dan bakar
comot sikit.. hehehe

rasanya? mmm sedapp.. rasa cam kek rupanya.. tp mcm kek yg dah ada topping tu.. so rich and chocolatey!
Kak TTM, umi c&p resepi kat sini yer.. :D

1 cup self-raising flour, sifted
1/2 cup caster sugar
1/3 cup cocoa, sifted
1/2 cup milk
50g butter, melted
1 egg
1 teaspoon vanilla extract
1 cup firmly packed brown sugar
1 cup boiling water
whipped cream, to serve

Method
1.Preheat oven to 180°C/160° fan-forced. Lightly grease an 8cm-deep, 6 cup-capacity ovenproof dish.

2.Place flour, caster sugar and half the cocoa in a large bowl. Whisk milk, butter, egg and vanilla together in a jug. Add egg mixture to flour mixture. Transfer to prepared dish.
3. Combine brown sugar and remaining cocoa in a bowl. Sprinkle cocoa mixture over batter. Pour boiling water over the back of a large metal spoon to evenly cover pudding batter.
4. Place dish on a baking tray. Bake for 40 to 45 minutes or until pudding bounces back when pressed gently in the centre. Remove from oven. Stand for 3 to 4 minutes. Serve with cream.

Saturday, September 04, 2010

Ikan rebus
menu penghujung ramadhan.. fevret cik abe.. (letak sini pun atas request dia lah).. dah tak tau nak makan apa dah, semua tak lalu mkn kot.. dgn budak2 pun suka sekali. diorg ckp ikan ni mcm ikan yg buat laksa tu la.. yaaa.. betull.. tp yg ni mkn dgn nasi..

Thursday, September 02, 2010

Kuih sagu
dah ramai yg buat kuih sagu ni kan.. kan...

tp kali ni buat, tak sempat keras elok dah potong.. sbb nak mkn dah ms berbuka.. so maafkan la rupanya yg tak sepertinya itu.. tp rasanya.. perghh mabelesss...
kelapa tu parut sendiri tauu.. mmg gigih sungguh usaha kali ni hehehehe