Sempena raya ni, sibuklah nak buat kuih raya. nak beli mahal, baik buat sendiri boleh dpt berbalang2 siap bole bg kat kawan2 lg..
Resepi ni diambil dari koleksi resipi pilihan Diana.. tumpang c&p ya..
sapu dgn telur sblm dibakar utk mendptkan warna yg cantik
celup coklat dan tabur dgn choc rice dll
posing bertiga.. tetiba teringat cerita 3 dara pingitan yg dlm majalah tu (gila2 ke ujang yer? tak ingat lak)
130gm mentega
60gm gula aising
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm tepung kentang
10 gm tepung kastad
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Topping
coklat, yang telah dicarikan dengan sedikit minyak
butiran permata, sebagai hiasan
Cara-caranya
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama dengna serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul rata sehingga menjadi doh.
Canai doh dan kemudian gelek dengan penggelek gerigi dan teram dengan acuan ais krim.
Atur diatas loyang pembakar.
Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 180 darjah C sehingga ia masak. (umi bakar +- 10 mins)
Setelah itu celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
note : umi buat 2x ganda adunan di atas
No comments:
Post a Comment