Sunday, January 27, 2008

Pokok limauku dah berbuah!!


Pokok limau ni asalnya tumbuh di laman depan rumah tok saya di kampung.. Ada 2 pokok yang renek kesemuanya.. dua2 ditanam depan tangga. Saya suka sangat kutip buah limau ni yang berwarna merah kehitaman bila dah cukup masak. Ada orang yg kata buah ni boleh dimakan, tp saya selalu ambik untuk buat main masak-masak saja. tapi memang ada pun yang selalu datang minta dari arwah tok saya.. tak taulah untuk tujuan apa. tapi ramai yang puji pokok tu cantik sebab selalu di'trim' oleh arwah ayah saya dan buah limaunya tak putus2 berbuah..

Bila rumah tok saya nak diruntuhkan untuk projek perumahan baru dsb, ada orang yang datang nak beli pokok ni dan ianya dijual dengan harga yang agak tinggi juga. Mungkin sebab memang jarang nak jumpa pokok ni. Sepokok lagi telah diambil oleh mak saya dan ditanam di dalam pasu di rumah yang baru. Bila balik kampung, saya telah mengambil benih pokok ini dan menanamnya ke dalam pasu. Hasilnya, pokok ni pun hidup dan berbuah.. tengoklah buah limau ni, mmg cantik sekali. Saiznya kecil sahaja, lebih kecil dari guli.

Lepas ni saya ingat nak biakkan lagi.. kalau ada sesiapa yang berkenan dan berminat nak beli, boleh le hubungi saya :)

p/s: untuk makluman, pokok ni jenis yang berduri. kalau pandai, boleh dibentuk mcm pokok bonsai





2 comments:

Fena said...

berminat nak dapat free buleh? huahuahuahuaaa..hmm..macam kenal aje pokok limau nie..kat mana saya biasa nampak ehh...hmmmmmm

umiyumi said...

kalu nak, meh amik kat umah sy. amacam? ehh ye ke? pernah nampak kat mana?