Wednesday, June 25, 2008

My new gadget

Ni la gadget terbaru, bukan dari inspector gadget tauu.. (teringat kecik2 dulu selalu 'gaduh' dgn best fren sbb dia suka sebut captain gadget, sedangkan tu inspector gadget lahh)

Semalam saya beli MP4 player cam kat bawah ni.. bukan setakat MP4, tapi MP3, FM radio, photo dan voice recording sekali. Saya tak kisah sangat MP4, MP3 ok lagi tapi yang pentingnya saya nak yang fungsi radio tu haa (untuk dibawa semasa travel)

Bukan tujuan nak dengar di tmpt kerja (saya dah pun ada radio sony kesayangan saya yang berusia 14 tahun.. yaa, 14 tahun iaitu dibeli semasa saya berada di matrikulasi dengan harga RM265 kalu tak silap. (harga tu teramat besar pada masa itu terutama kepada student seperti saya).. dan zaman tersebut masih belum pernah nampak kelibat handphone. Handphone mula-mula kelihatan di kolej pada tahun-tahun 1997 dan masa tersebut tak payahlah digambarkan bagaimana saiz handphone (orang cakap boleh buat baling anjing).. hohoho

berbalik kepada gadget saya ini. menurut manual yang tak begitu membantu (dan juga jurujual yang begitu berat mulut), saya perlu mengecas selama 4 jam dsb. Semasa saya cuba menyambungkan MP4 ini ke pc saya, saya dapati pc saya tidak dapat mengesan (detect) driver untuk ia berfungsi.. hee saya rasa teramatlah geramnya lalu memberikan kepada suami saya untuk 'figure out' sebab-sebab kenapa ianya terjadi (sedangkan saya telah cuba menggunakan cd driver yang diberikan tapi tak menjadi) huhuhu..


nampak simple, tapi.. hmm adakah saya dah terlalu tua untuk figure out mende2 camnih?

No comments: