Sunday, July 20, 2008

Chocolate cake on Sunday



My sons asked me to bake them a chocolate cake. And this time I'd like to put some strawberries on top :)

Simple Choc. Cake Recipe for Faizah :)
Note :
Sebenarnya resipi ni kak umi cedok dari internet gak, tapi tak ingat dari siapa hehe.. kalu tuannya terbaca, kredit untuk tuan punya resipi lah. tapi ada yang kak umi ubah sikit2 contohnya kurangkan gula (kerana krim coklat tu dah manis, takut terlebih manis nanti) dan juga kak umi lebihkan susu.

BAHAN:

bahan A
250 gm butter
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam

bahan B
210 gm tepung gandum ]
1 sudu teh baking powder ] ayak bersama
50 gm serbuk koko
80 ml susu segar/fresh milk

CARA:
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit.
6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.

Cream Coklat
250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek. Hiaskan mengikut citarasa masing2.

1 comment:

Faizah said...

sedapnyer kek akak tu..ada resepi x?aii..dah 2 org blogger hari ni buat kek coklat!