Sunday, November 29, 2009

Happy Birthday, Mak...


Selamat harijadi buat mak yang jauh di sana.. Semoga mak panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan gembira selalu hendaknya.. Amin...


p/s: harap mak suka dengan kek besday mak itu. :)

oh ya, ni gambar kek yg sebenar. tenkiu cik nina

Pinggan ikan
bila tengok pinggan ni menarik la pulak.. boleh la sambar satu :)

Saturday, November 28, 2009

Puding Laici
buat ni lagi sebab sedap. simpan dlm bekas kecik2 dan bila siapa2 nak, boleh amik je. :)

Friday, November 27, 2009

JJCM @ Restoran Chop and Steak Kampung Baru

trademark restoran ni, ada bot dalam restoran.. gambar pinjam dari blog org. sori ya.. nak amik haritu tp takut mengganggu org len dok mkn situ.. :p

dah pernah ke sini beberapa kali. anyway jom layan gambar tangkap muat (kes display kamera rosak, hantam saja la main agak2)

spagheti RM6.50

lam chop RM10.90


hotdog RM3

Wednesday, November 25, 2009

Serving Plate : Royal Garden

yang ni baru sampai harini. pinggan hidang royal garden.. pun dah lama berkenan. nak collect complete set pun, takut nanti kena tinggal. so beli yg ni dulu la.. mmg besar dan sgt cantik.

Tuesday, November 24, 2009

Chicken kitchen towel hanger

haaa ni 2 minggu lepas dah p tinjau. berkenan sangat. tido malam pun tak lena dok ingat yg ni (eh dah terjangkit pesen kak gerau pulak) hehehe.. masa p tinjau2 tu mmg takde sale lagi. hmm tunggu sale la kot. pastu tengok2 sale dah start apa lagi semalam cepat2 p sambar la. fuhh sib baik ada lagi.

Grilled Rosemary Chicken with Lemon... sekali lagi


ni kes buat haritu rasa cam tak puas makan je hehehe pastu adik plak kata nampak cam ayam tak masak la. isk isk ada ka patut, ni misti jeles pasai tak dpt makan laa.. tak pa kali ni kita letak ayam yg nampak betul2 masak. happada cik nina ni :p

kali ni wat stail lain pulak. sayur2 ni letak atas tray
pastu golek la ayam tu. air ayam tu menitik la atas sayur2 tu masak la jugak.

tapi jenuh gak tunggu nak betul2 roasted ni apalagi di minit2 terakhir kita letak la ayam tu balik dengan sayur2 tu pastu ni la hasilnya.. gravy takyah tunjuk la no..
dan disebabkan kita ni dah jenis melayu tulen ni.. apa lg siap masak nasik dan makan dgn nasi lagi haa baru betul2 kenyang :D
Tau Fu Fa
dulu tak baper heran dgn tau fu fa ni sbb cousin mmg ada jual ni kalu nak mkn anytime bole. tp malu la sbb kalu nak beli dgn dia, dia takmo amik duit. dgn kata lain, amik free je laaa.. tp tu kat kg.
kat kl ni, cik abe lak minat ni. kebetulan kat kawasan perumahan ada akak tu jual.. mmg sedap la so apa lg jeles tgk cik abe mkn, kita pun nak gak lerrr.. yumm yumm..

Monday, November 23, 2009

Pinggan Oriental Ceramic - Yellow Maple Leaves
dah lama berkenan yang ni akhirnya dapat juga. bole la nak start buat collection corak ni pulak :D

Sunday, November 22, 2009

JJCM @ Restoran Kayu Nasi Kandar - Petronas Jalan Kolam Air Lama
restoran nasi kandar kayu - penang original nasi kandar :)

the interior

my favourite - rice with beef and salted egg RM6.50


iced milo RM2.50

abe awe with his special pose :)

Saturday, November 21, 2009

Yiyi the naughty boy





Thursday, November 19, 2009

Jamuan Akhir Tahun / Belated Besday Yiyi

Tadika Yiyi (Tadika Adik-adik 2, Wangsa Maju) ada buat jamuan akhir tahun pada hari Khamis. tp memandangkan besday Yiyi haritu tak sempat buat jamuan (sbb bz dan tak sempat, cian dia) terpaksa la buat time lain. takmolah clash dengan jamuan, kang byk lak makanan sampai budak2 tak larat nak mkn. So kami pun buat le hari Rabu :)
muffin vanilla dan coklat. masa tgh buat ni mmg sedap bedal muffin vanilla panas2.. apapun dpt juga hantar 50 biji kat sekolah :D
ni goody bag utk cikgu. ada 2 muffin besar, pouch dan bekas seramik utk simpan brooch. orait la tu kan.

ni goody bag untuk budak2.. ada 4 jenis kat dlm tu. elok la tu tak elok mkn benda manis2 byk sgt kang gigi rosak cam gigi yiyi tu huhuhu

Wednesday, November 18, 2009

Panna Cotta - Strawberry


Dah lama nak buat panna cotta ni, dah tgk mcm2 resepi. last2 ikut resepi kat blog Hazila pastu main tukar dan tambah sesedap rasa tgk2 jadik cam dadih pun ada ha ha ha.. takpe le apapun mmg laku kena rembat dgn abe awe

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1/2(100ml) cawan susu segar dan 1(200ml) cawan fresh cream - umi pakai susu segar dan susu strawberi (mak aiii.. suka2 je campur apa yg ada)
20g gula (tak timbang pun main letak je agak2 manis)
7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air (gelatin ni pun main agak2 jugak)
air
hiasan
sirap topping strawberi (khm)
Cara-cara
1. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk. (umi tak buat lak yg ni)
4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam. (umi simpan semalaman)
untuk hidang, tuangkan sirap strawberi di atas puding.

Tuesday, November 17, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken



sebelum

selepas
Ramai dah yang buat ni. dah tak larat meleleh air liur tgk gambar2 yg mengujakan tu akhirnya berjaya gak kami masak ni hehehe.. resepi cam biasa la :
1 ekor ayam
1 biji lemon
5 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – umi guna minyak masak
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam (umi tumbuk lada hitam)
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots – umi guna carrot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika – atau guna 1 sudu besar sj.. (umi pakai serbuk cili)
Kicap Pekat - tak boh
Garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakannya:
1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake bean.
Umi hidang dengan black pepper sauce aje :


Resepi black pepper sauce/gravy :
2 sudu lada hitam (kisar) - umi tumbuk kasar
1 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air) (umi bantai guna tepung gandum yg ada ha ha ha janji ada pekat sikit :p)
minyak garam dan gula
kiub pati ayam
tumis bawang besar yg telah dipotong dadu tadi hingga garing. masukkan lada hitam dan air yang telah dicampur dengan tepung. kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi. masukkan kiub pati ayam,masukkan garam dan gula.sesuaikan rasanya...agak2 pekat sikit la..bila sedikit mendidih, tutup api dan sedia dihidang dengan ayam.

Monday, November 16, 2009

Dadih Berperisa Keladi

dadih segera. cepat disediakan dan sedap, mmg menjadi kesukaan anak2 hehehe
ni laa rupa dadih tu.. keluaran pakteh food enterprise . nak order online pun bole, nanti diorg poskan la.. - tolong promo sekali :).

Saturday, November 14, 2009

Anak sedara makcik Pina yg hensem

sib baik tak sengih, kalu tak nampak le gigi kapak dah hilang hehehe camtu la dah start nak tumbuh gigi kekal :)
Gulai daging
yg ni ramai pun tahu buat hehehe.. hmm semenjak dua menjak ni baru perasan asyik buat gulai sj. gulai udang la daging la dan harini gulai ikan kering. mkn dgn nasi panas2 fuhhh..
tp gulai daging ni buat utk cicah dgn roti pratha. kdg2 mlm2 ni malas mkn nasik. balik keje dah letih buat simple2 je janji kenyang, burger, hotdog, bihun goreng la bla bla.. pastu kul 11 mlm dah krohh krohh fuhh maybe sbb letih dok kemas rumah bla bla.. buang brg2 tak pakai. baju awe dan yiyi yg masih elok ada yg dah bg kat syazani yang comel dan gebuss itu :)
tgk la kalu rajin bole la try menu baru lg..huahuahuah..

Tuesday, November 10, 2009

Nasi Dagang dan lauk pauknya

first time buat nasi dagang hehehe.. ye le dah kawin dgn oghe klate kena belajar2 la jugak kan, walaupun amik masa lamaa ooo...

jelatah aka kerabu timun dan karot

gulai udang utk ku yg tak mkn gulai di bawah
gulai ikan aya @ ikan tongkol @ ikan kayu.. fuhh cedapp (menurut kata cik abe lah)

ketam.. jgn taktau ni ketam rebus utk yiyi yg dpt free dr peniaga kat pasar tani. hmm mmg murah la rezeki mamat yiyi ni :)
Resepi nasi dagang serba sedikit dicedok dari dapur almari resepi.. mekacih ya sbb sudi share resepi.. dan juga resepi nasi tu dicedok juga dari resepi Mek (ibu mertuaku) yg sanggup 'menurunkan' resepinya melalui telefon.. hehe actually cik abe yg masak nasik, kita tolong rendam beras dan sedia bahan je kakakaka
ni lah resepinya (beras tu ikut cam yg Mek ckp) :
Nasi Dagang
1 kg beras nasi dagang
segenggam beras pulut
segenggam beras biasa
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba
Cara2: Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian sejat.Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan.
Jelatah
Bahan2:
Timun
Lobak
Bawang besar
1 btg cili merah
1 sudu cuka
1 sudu gula
secubit garam
Potong memanjang timun,lobak & cili merah.Kemudian , gaulkan dgn bwg. Masukkan cuka,gula & garam. agak2 le rasanya
Gulai ikan aya
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan tenggiri besar (umi pakai ikan aya 2 ekor)
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
Garam,
gula
Cara-cara:
Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam & gula.Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.

Monday, November 09, 2009

Classic Potato Gratin
before baking

the result :)
Recipe :
3 1/2 to 4 pounds baking potatoes, peeled and thinly sliced (umi gunakan 6-7 biji kentang US yg agak besar)
4 tablespoons butter, cut into small pieces, plus extra for the casserole
3 to 5 garlic cloves, chopped
Salt and pepper
1 cup heavy (whipping) cream
2 tablespoons chopped fresh parsley, or chives, for garnish
1. Place the sliced potatoes in a bowl with cold water to cover. Leave for at least 30 minutes, or up to an hour. Remove from the cloudy water, and dry with a clean towel.

2. Preheat the oven to 375°F.
3. Butter the bottom and sides of an earthenware baking casserole, about 3 1/2 inches deep, and large enough to fit all the potatoes (very large). If you have no round ceramic pan, use an ordinary baking pan. Sprinkle about half the garlic along the edges of the buttered sides of the pan.
4. Make a layer of potatoes, dot with butter pieces, sprinkle with salt and pepper, drizzle with a few spoonfuls of cream, scatter a little garlic on top, then repeat in this fashion until all the potatoes have been used. End the top with a dabbing of butter, the last slosh of cream, and a sprinkling of salt and pepper.
5. Bake for an hour to an hour and a half, or until the potatoes are very tender and have absorbed all the cream; the top of the potatoes should be golden brown with darker brown splotches here and there. This is a very rustic dish and by its very nature is very forgiving timewise; if you need more time, lower the oven's heat, and to speed the cooking up and give it a nice dark topping, raise the heat to 400°F for the last 10 to 15 minutes.
6. Serve in its own casserole, or dish up individual portions, sprinkling each with a little chopped fresh parsley.
(Serves 4 to 6 persons)

Saturday, November 07, 2009

Portrait of my son
yiyi busyuk masyam

bayangkan jalan pakai camni pegi shopping complex. hehehe bagus tul anak mama ni, patut la ramai yg berkenan :)
Pencil holder
abe awe's artwork that earned him an A in the art paper :)
nice work, son
Pancake with maple syrup

pancake with maple syrup, as requested by yiyi ... hmm nowadays he has quite an appetite!
Chocolate cake
as requested by yiyi.. for 'his' birthday hehehe..
sorry friends, as i couldn't update my blog for a week.. too busy preparing for something big that could change our lives a bit he he he..