Tuesday, November 17, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken



sebelum

selepas
Ramai dah yang buat ni. dah tak larat meleleh air liur tgk gambar2 yg mengujakan tu akhirnya berjaya gak kami masak ni hehehe.. resepi cam biasa la :
1 ekor ayam
1 biji lemon
5 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil – umi guna minyak masak
Segenggam Rosemary Kering
1 sudu besar serbuk lada hitam (umi tumbuk lada hitam)
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots – umi guna carrot biasa
1 biji capsicum - potong kasar2
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika – atau guna 1 sudu besar sj.. (umi pakai serbuk cili)
Kicap Pekat - tak boh
Garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakannya:
1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau bake bean.
Umi hidang dengan black pepper sauce aje :


Resepi black pepper sauce/gravy :
2 sudu lada hitam (kisar) - umi tumbuk kasar
1 labu bawang besar (potong dadu)
1/2 sudu tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air) (umi bantai guna tepung gandum yg ada ha ha ha janji ada pekat sikit :p)
minyak garam dan gula
kiub pati ayam
tumis bawang besar yg telah dipotong dadu tadi hingga garing. masukkan lada hitam dan air yang telah dicampur dengan tepung. kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi. masukkan kiub pati ayam,masukkan garam dan gula.sesuaikan rasanya...agak2 pekat sikit la..bila sedikit mendidih, tutup api dan sedia dihidang dengan ayam.

No comments: