Monday, May 24, 2010

Bubur Lambuk @ Laman Santai


my fevret nihh.. tiap2 minggu mesti cari..


org len dtg utk tgk show, sy dtg utk mkn je ada bubur lambuk yg cedap ni dan nasik lemak kafe IB (istana budaya) yg sgt marvellous...


sedikit info laman santai :
Program Laman Santai diadakan setiap hari Sabtu setiap bulan bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam di Laman Beringin Istana Budaya. Program yang dikendalikan oleh Istana Budaya dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara meliputi persembahan pentas dan demontrasi melukis. Salah satu pengisian daripada Balai Seni Lukis Negara ialah penglibatan beberapa orang pelukis yang mempamerkan pelbagai lukisan, lakaran wajah, demonstrasi melukis dan karikatur kepada pengunjung-pengunjung Laman Santai. Di samping itu, Istana Budaya turut mengundang artis-artis terkemuka tanah air untuk turut sama membuat persembahan bagi memeriahkan program tersebut. Tidak lupa juga menampilkan artis-artis dari Istana Budaya sendiri yang mempersembahkan tarian-tarian tradisional pelbagai budaya. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program Laman Santai anjuran Istana Budaya ini.

No comments: