Monday, February 02, 2009

Mi Udang (Prawn Noodle)


Penyediaan (menggunakan dua jenis udang iaitu bersaiz kecil dan sederhana besar)

A. Stok Udang
Udang saiz kecil, direbus
Kupas udang yang telah direbus
Blend isi. Blend kulit, tapis ambil airnya
Masak dengan air rebusan awal, masukkan seulas bawang putih.. didihkan


B. Udang
udang saiz besar rebus berasingan dgn sedikit air dan ketepikan)

C. Cili
Cili kering (rendam dulu), blend dengan sedikit belacan
Tumis bawang merah, masukkan cili yang telah dikisar.. masak sampai pecah minyak
masukkan air asam jawa, sedikit gula dan garam


D. Mi Udang
Bahan :
Mi kuning
taugeh
sawi (asingkan batang sawi dan daunnya)
kubis
sos cili
sos tomato
tomato
cili merah - hiasan
bawang goreng - hiasan
bawang putih

Cara :
1. tumis bawang putih
2. masukkan batang sawi yang telah diketuk
3. masukkan stok udang (A)
4. masukkan cili (C), sedikit sos cili dan sos tomato
5. masukkan mi
6. masukkan taugeh, daun sawi dan daun kobis
7. masukkan tomato dan udang (B)
8. didihkan sekejap dan kemudian dihidangkan.. hias dengan cili merah dan bawang goreng (atau kalu rajin, telur rebus dan tauhu goreng)

2 comments:

lina said...

mmmmm mengoda jiwa ragaku di pagi pagi ni.... jap nak ambik tisu lap air liur yg menitik di keyboard ku ini muahahahahahahaha

umiyumi said...

kak ina, byk sgt air liur tu.. kena tadah dgn baldi la hehehehe :D