Sunday, May 24, 2009

Beef Steak with black pepper sauce
and also mashed potato
resepi dicedok dari tuanpunya resepi di bawah.. tenkiu :)
Black pepper Steak
sumber : hanis@myresipi.com
Bahan-bahan ( 1 orang )
1 keping daging kambing (sy guna daging lembu)
2 ulas bawang putih - ditumbuk
serbuk lada hitam
3 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
sedikit kicap
1 biji kentang sederhana besar
1 s/k mentega/marjerin
5 s/b susu segar

Cara-cara
1. peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
2. masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut. ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
3. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
4. [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.) tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.
SOS BLACK PEPPER
sumber : sudipkayu

Bahan2:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2-3 cawan freshmilk
Segenggam black pepper yg ditumbuk kasar
2 sudu besar sliced mushroom
2 susu besar kicap
Garam secukup rasa
1/4 kiub pati ayam
Cara2:
Cairkan butter dlm saucepan. Bila butter cair masukkan tepung, kacau rata.

Bila dah berbuih2 gitu masukkan freshmilk,black pepper,mushroom & kiub pati ayam.

Kacau sehingga agak pekat. Masukkan kicap dan perisakan dgn garam.

Matikan api selepas menggelegak. Ikut suka la sos tu nak wat pekat mana.

No comments: