Our family favourite..
Atas permintaan.. inilah resepinya :
Bahan-bahan (A)
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih + 1 cm halia ditumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 liter air
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil jintan manis
1 biji tomato
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
4 batang serai dan 1 cm lengkuas dititik
2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil ketumbar
Bahan tabur:
taugeh
kacang tanah (digoreng dgn sedikit minyak)
suun (digoreng)
sambal kicap
bawang goreng
daun sup dan daun bawang dihiris halus
Cara-cara :
tumiskan bahan kisar sampai wangi
masukkan air dan rebus ayam dengan bawang, halia, kulit kayu manis dll (kat Bahan A).
bila ayam dah masak, keluarkan ayam, amik isi, carik2. tulang masukkan balik dalam kuah. didihkan kuah secukup rasa.
hidang dengan nasi himpit atau mi atau bihun dan taburkan bahan tabur tadi.
note :
umi tak buat bergedil pun sbb tak minat :D
2 comments:
i like this too mana resepi tak pernah buat lagi nih
nak...nak...cedapnyerrrrrrrr.....
Post a Comment