Monday, June 29, 2009

Kek Rangup

buat kek ni sebab nak abiskan telur yang ada kat rumah. pastu malas lak buat topping sbb tak brp gemar hehehe.. mkn camni pun orait gak, kan?
(tapi kalau nak cantik, seeloknya buat topping la sbb bhg atas dah agak hangus dek panasnya rod oven tu huhuhu)
(sumber : Koleksi Resepi Jelita 2)
bahan :
200g gula castor
150g mentega
6 biji telur
3 biji kuning telur
170g tepung berserbuk penaik
30g serbuk koko
150g biskut Marie, dihancur kasar

topping
150g coklat masakan
3 sb susu cair
100g coklat putih
cara
1. putar gula dan mentega sampai kembang. masukkan telur sebijidemi sebiji dan pukul rata.bubuh kuning telur dan kacau sebati.
2. kaup balikkan tepung dan serbuk koko. masukkan biskut marie. ratakan dalam tin 22 cm beralas kertas kalis minyak dan berlengser mentega.
3. bakar pada suhu 180C, 45 minit atau sehingga masak. biar dalam tin 5 minit sebelum dikeluarkan. sejukkan di atas redai.
4. menggunakan double boiler, cairkan coklat masakan. angkat dan biar sejuk sedikit (pastikan cair)
5. campur susu cair dgn coklat. pukul sehingga sebati. sapukan coklat pada permukaan kek. parut coklat putih. hiaskan di atas kek.

2 comments:

blogresipi said...

Yang rangup2 kat atas2 tue yg nampak best tue...

umiyumi said...

betul3x hehehe :)