beberapa hari lepas, berpusing2 di Jusco AU2 nak cari makan. nasi lemak antarabangsa dah cuba, fast food lain pun dah biasa.. rasanya nak singgah kat laksa shack la pulak.. bila duduk sahaja, maka terpandanglah set nasi beriani ayam dan kambing yang sangat menarik itu (sila abaikan budak yg menenggek di sebelah gambar tersebut)
set beriani kambing dan ayam untuk 2 orang @ RM29.90 (atau RM29 tak ingat yg mana satu, rasanya ada 90 sen tu) mengandungi nasi beriani, kari kambing, ayam masak merah, bergedil, pappadam, cili kering jeruk dan acar buah kana. kami makan 3 beranak. abe awe pulak makan nasi putih dengan sup.
Kesimpulannya, presentation mmg menarik, nasi pun sedap tapi ayam terasa mcm dah byk kali dipanaskan. dan kambing pun lebih banyak tulang dari isinya. biasalah dah nama pun laksa shack kan, dah tentu laksa yg menjadi specialtynya. :D tp apapun mmg mengenyangkanlah...
2 comments:
Waktu panas2 pekena ABC mesti best... letak pulak accessories banyak2..especially kacang sebab kite suka kacang.hehe...
P/S: saya link blog akak kat Blogresipi saya ek. Tq.
haah k umi suka kacang tanah gak esp kacang tanah goreng tu dan jagung.. mmm yummy.. orait jom kita link sama2 ;) n tq sbb sudi singgah sini :)
Post a Comment