Saturday, May 16, 2009

Resepi hari ini : Nasi Ayam (Chicken Rice)

sup
Resepi nasi ayam dan sup menggunakan resepi dari Kak Hanieliza
manakala untuk perapan ayam, menggunakan sumber dari Noreen
Bahan
1 ekor ayam [potong 2]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai daun pandan[disimpulkan]
carrot
Bahan2 perapan ayam:
3 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan madu
2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili - kalau nak pedas boleh tambah
Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng garam secukupnya
Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya
Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan bahan perapan pada ayam, perap selama 1 jam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak] - saya goreng je lebih senang.
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras seperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong kecil.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

1 comment:

lina said...

mekasih sebab masuk kan resepi so takyah nak minta dah ngeeee:D